Monday, 4 February 2013

DaPur Ku Syurga Ku Part 1

salam semua....
Ari nie sue nak cerita kisah DAPUR...hahahhaha
mmg laaa..mungkin boring mungkin BEST...nak baca pon boleh tak baca pon boleh...

Rumah sue kecik je....
Rumah teres setingkat...emm dapur pon tak luas mana....al kisahnya..rumah nie sue beli 2nd hand ...ada laa tuan rumah lama dah renovate dapurnya .. letak kabinet kayu...

Dapurnya kecik--berbanding umah kampung .. sue.. dapur luas..hehehehe.. umah kampung mmg gtu laaa

ehsan google

al kisah blakang umah sue ada.. laa ruang sekakang kera----nak buat dapur pon rasanya dah NYANYI.. laama hampir setahun ....
MASALAHNYA.....

Bila nak buat renovation rumah yang bayo cukai pintu n tanah nie kena dapatkan kebenaran  majlis pembandaran ....siap kena plan laa..n borang2nya laaa...

Cukai tanah kena nama sue... n macam2 lagi----

Budget untuk tahun lepas yang asalnya RM3K shj dah melambung menjadi RM10K .. tu pon tak tentu cukup atau tak .. harapanya cukup laaaa...

ehsan google


Sue mmg berharap sangat dapur tu akan siap tahun nie...emmm susah bila masak dalam dapur umah  skarang .. asap kepul2 akan  masuk ruang tamu--huhuhuhu...

ehsan google

nak buat open cam gni TAKUT.. ehhehehehe... iyer laaa.. kadang2 sue masak breakfast utk hubby.. terconggok sorang kat dapur open gni--takut wei.. walaupon dok dalam bandar....depan blakang umah org.. pagi2 SUNYI laaaa'

Penakut Jugak niee

Tahun nie---

AZAMNYA--

1.FAMILY--sentiasa
2.RUTIN-ANAK--semestinya FAIQ .....
3.MEMASAK- DAPUR Yang BEST
4.STUDY -hahahah--dah jatuh no brp nie---
5.AKTIF dan LASAK--nak aktif macam dulo2--boleh ke...
6.KERJA---almaklum nak SKT tinggi tahun nie--dapat APc pon Ok gak.. hahaha--KOYA mu
7.HUBBY---Sayang Sokmo!!!
8. Nak BELI TANAH---untuk PLAN Umah Lebih BESAQ!!!... emmm.. mana nak bli tu?? PENANG??PERAK??KEDAH??PERLIS?? keee KLATE jugakk.. ahhahaha mana yang sempat laaa


tak per.. laaa.. Angan2 mak JEnin POn .. sekurang2nya Kita Ada AIM!!!!.. hahahhaha.. Moga dipermudahkan Segalanyaaa.. amin!!!

KIsah TAHUN BARU 2013

Salam Semua Rakan yang di sayangi..

Untuk Tahun baru nie---tahun yg bertuah dengan tanggungjawab baru dan azam baru.. :)

hahahahha--tahun baru amendernyaa.. dah bulan 2// lerrr...hahahha

maaf kawan2 semua.. agak kekurangan masa.. sket.. lagipon....ada jer kisah terakru--byk nak citernya tapi malas nak taip...bila balik keje strat ngan keje umah ... sama ngan budak kecik sorang tu ,,... nak tarik perhatian ...

nanti sue karang semua benda yang terakru.. yer....daaaaa

 sayang semuaaaa!!!!


Saturday, 15 December 2012

Udah 2 Bulan Si FAiq

salam--
Meh tgk anak teruna sorang nie




Siap Tabik lagi---nak keje macam mak dier--Tentera--hehhe

Saturday, 1 December 2012

Seminggu Penuh Dugaan-partI

Slm semua---
moga ceria selalu---

Ini kisah Sue bermula....16 Oktober 2012----sue ada tCA di klinik--
Setelah pemeriksaan dilakukan--didapati air ketuban kurang--pada tahap 4--jika keadaan biasanyaa adalah 10 ke atas...

Apa kan daya--benda yang dirisau btol2 terjadi---tetapi alhamdulillah sebab --kandungan sudah cukup bulan dan ready sudah untuk bersalin --DR kata dah 38 minggu---


Dr minta sue masuk Wad selalu--Segera--tetapi sue minta masuk petang sebab masih terkejut dan nak siap2kan barang2 untuk masuk wad---

macam tak percaya petangnya kul 3 petang sue sudah berada di wad 2Akik---HUSm---emmmm..cam pelik jer sebab ini laa pertama kali sue masuk WAd----tido kat wad----Hubby sue dah gelabah sakan--yang sue nie rileks lagikk sebab masih termanggu2---cam tak caya dah tiba masa yang di tunggu--huh--biaq btol sue nie---

Malam Pertama dok wad BESt!---makan pon rasa sedap jer---habis semua sue makan---siap order tambahan kat hubby nak burger kul 12pm.... cian hubby kena ulang alik spital sib baik spital depan umah jer....melayan kerenah bini dier.. hehehe

ada seorang adik sebelah sue---dah tak lalu makan---agaknya sakit sangat----sampai ke malam dier meraung2---ramai yang datang pujuk----nampak dier sangat2 sakit---sue pon tak tau nak cakap per---

suruh dier berjalan2 untuk kurangkan sakit---
dalam barisan katil yang sue duduk--semua masalah OLIGO (air ketuban kurang)
sampai Dr yang datang check pon pelik....banyak kes gtu...

Masuk ari Rabu--pagi.. DR bukak jalan SUe.. sb masih 2cm....Hanya Allah swt yang TAHU betapa SAKITnya bila BUKAK JALAN----NAik fobia SUE....emmm belum masa nak bersalin tapi dipaksa bersalin--mana tak sakit....

Sepanjang di wad .. 3 kali DR bukak jalan SUE---huhuhuhu--memang naik angin jugak sue--sb sakit---tetapi bersabar kerana fikirkan anak...

Selain dari itu --jantung anak sentiasa dipantau.. sb takut bayi lemah---

 Sue hanya fikir yang baik2 jer--bila menjelang petang rabu--sue dah sakit sentiasa--bukaan masih 3cm.. manakala wad bersalin penuh... jadi---di HOLD dulu....Sue hanya bertahan jer....

Sue dah jadi macam adik yang sebelah Sue semalam--sakit tidak terkata--makan pon tak lalu dah petangnya hubby suapkan makanan jugak--gagah makan sket2 takut tak dak tenaga....

Ada jugak Dr tawarkan epidural=sue tak nak .. lagipon sue masih boleh bertahan...
Malamnya kira kul 11.30 mlm.. sue ditolak ke bilik bersalin.... kata mudahnya--air ketuban dipecahkan--maka kesakitan itu bermula...

sakitnya memamng tidak terkata sampaikan air mata pon tak kuar--tapi itulah indahnya sakit bersalin...

Setelah beberapa lama--tepat masa SUBUH-0554--lahirlah ini budak...

Setelah diazakan oleh hubby---Sue macam dah lupa sakit yang baru beeeerlalu.....emmm
alhamdulillah selamat anak ibu.....
Setelah itu SUe dijahit--Bersalin Normal ngan EPI(gunting lee)
emmm tak dapat nak elak----

Setelah itu bermulalah episod kisah yang baru dalam hidup sue dan hubby

ok lah nanti sue sambung part II plak yerr




Tuesday, 6 November 2012

Permata Hati KAMI

salam buat rakan2 semua..
Maaf kerana menyepi buat seketika...
Disebabkan perkara yang tidak dijangka---
Sue dimasukkan dalam ward..that y lama Sue tak bukak blog--
selepas bersalin--kami ber2 yang menjaga anak dan disebabkan anak kena jaundice (kuning)
Masuk ward pulak--jadi semua benda dah tak nampak---
tumpu kepada budak kecik sorang nie....

meh sue kenalkan anak bertuah SUE

 maaf pic tetonggeng---hehe...baru bbrp jam dilahirkan
 4 jam di lahirkan...
 dah balik umah
 tido ngan ayah....
Salam berkenalan ngan bakal2 mummmy-----Saya Muhammad Faiq Suhail.......

ok lah ....
nanti bila free sue citer kisah sue bersalin nanti---
bye
Muahsss

Tuesday, 23 October 2012

Alhamdulillah -selamat sudah

salam rkan2 semua

Sue dah selamat melahirkan
babt boy pada 18/10/12 0554 khamis
berat 2.933kg 50cm

:) doa2kn kesejahteraan kami sekeluarga ya


Sunday, 7 October 2012

36WKS-Perasaan MACAM2X :P

salam semua
Dah masuk 36WKS (kalu ikut Dr 37WKS)

ikut laaa mana satu--yang penting dah 9bln....
emmm BERDEBAr hati sue....

 
Sakit2 dah ada rasa--tapi rasanya yang main2x lagi---
bukan btol2 yeee...

Kisah kawan sue pulak
Alhamdulillah tadik Dr dier dah scan BB--nampaknya BB Sihat....(yang ini 14minggu) Jadi Tolak tambah--dier kena rest bed dalam wad 10minggu
Tak per-yang pentingg Untuk BB kan...

Kisah lil MFS sue pulak
Dier HAPPY sangat time2 makan!!!..
BergeraK2X sampat SENGET prot dibuatnya
Ruang dier dah TERHAD--jadi akan RASA tegang KUlit Prot bila dier buat macam tu---
HAPPY SB lil MFS AKtif--Maksudnya sihat laa tu kan---

Disebabkan pergerakkan sue dah terhad----sedih jugak kadang2----TApi apa2 pon sue Pujuk hati---insyaallah NIAT dalam HAti lepas BERSALIN nanti--nak Jaga PANTANg ELOK2.... nak AKtIf Balik n CERgas Macam selalu----Niat nak panjat Gunung nih----hehehehhe....