Saturday 7 January 2017

TAHUN 2017 :)

Salam semua rakan taulan.

⇅ Simbol my life ada masa naik ada masa turun

Mak ,isteri, pekerja 3 tanggungjawab utama
Tambahan mendidik anak2 satu cabaran yang sangat2 mencabar
Tahun ini juga...nak mula usaha untuk tambah rakyat jelata

hope nya anak gugurl laaa sebabnya dah ada 2 hero ni.

Tahun baru BOS tempat kerja pon baru jawatan baru...ermmmm banyak benda nak pk sebelum start proses

Kebanyak kerja terbengkalai disebabkan budget ....TENSION jugak kadang2
Tambbahan students yang ada ramai
kadang kering anak tekak bila mengajar lama2

Nampak gaya kena setting CD cycle balik

Sebelum ni ada gak CULAS nyaaa 

Untuk pengunaan OPK masih diteruskan kerana untuk perancang keluarga
Tak makan ubat perancang sebab takot gemOk hehehehhe
idok laa HUsband tak bagi makan takut nnti nak usaha baby payah nak jadi pulak.

Berkenaa PERANCANGAN KEWANGAN FAMILY SESI 2017
Tahun lepas agak mencabar kewangan kerana kebanyak barang terutama susu anak2 naik harga
tambahan FAIQ minum susu mahai iaitu PEDIASURE
sebulan 4 tin X RM150 (anggaran maksimum harga)
Selalunya saya akan cari yang ada offer
Adik Susu NAN3 walaupon tk mahai sangat still saya cari yang harga offer.

Alhamdulillah keadaaan rumah dan family getting better dan teratur
Keada diri sendiri pon makin terurus
Walupon masih ada benda yang tidak memuaskan hati
Namun kita kena terima tiada apa yang SEMPURNA

Image may contain: one or more people and people sitting ini hero no2 saya

Akal panjang
Suka gadoh ngan abang
Suka mengusik org

Image may contain: 1 person, standing, sunglasses, shoes and stripes Hero no1 saya

dah umur 5 tahun kalau iukt tahun lahir
macam2 kerenah dah die buat
jenuh
Suka sungguh bakeng
Jenis Manja
Image may contain: 2 people, selfie and closeup

moga bersama selamanya insyaallah

Monday 14 March 2016

Salam muah2.....MOM OF TWO HEROES

salam rakan2 yang sudi membaca blog sue

Im Already mom of 2 heroes

abang already 4 years

Adik already 1 year......

cabaran membesarkan anak semestinya ada... mana2 family pon... but we alway learn n learn .. right??

my 2nd HERO- MUHAMMAD FATHUL SAADAN

called fathul......or adik

masa fathul 7 bulan im preggy again... Oooooooo

tak bertahan .. 6 minggu je .. miscarriage--------------------sudah 3 kali dah miscarriage

semua peringkat miscarriage dah RASA.. cuci ke tak cuci ka.... normal ke... dah rasa ya.. sakit ke tak.. bergantung kepada ketahanan diri

now 2016...

Anak2 semakin membesar... MAK pon membesaq weiiiii,... huhuhuhuhuhuu

my confident level... makin menurun... rasa macam makin tak terurus dan HUDUS

waaaaaaaaaaaaa

Sunday 28 December 2014

Bes Day .. in A Raning And flood Time

Salam Rakan2 semua

Pada 29hb Dis2014.. sue bekerja ketika negeri kelantan di landa BANJir yang amat BESAR--katanya BANJIR MERAH

banjir yang berlaku dalam tempoh 10 tahun sekali.....tetapi bergantung juga pada keadaan semasa

hampir 14 tahun Sue menetap di kelantan ini.. Ini laa pertama kali dalam hidup sue melihat BANJIR yang amat2x KRONIK

Kebetulan rumah sue agak tinggi walaupon berdekatan sugai--namun masih terpelihara--namun sue tetap bersedia utk yang terburuk dimana ... sedikit pakaian sue husband n anak dipack.. letak kat opis.. mungkin tmpat pindah sue....jika umah kena banjir

tapi alahamdulillah ketika menaip ini air makin surut---tetapi ada juga desus desus katanya gelombang ke3 OTW

Dapat dilihat apabila FB dan wasap yang terbuka ini banyak menambahkan kekusutan.....

Walaupon tidak terkena air banjir.. namun tempias nya tetap ada.. ada duit pon tk guna bahan mentah n makanan tidak ada....

malahan kita yang tk kena banjir nie takkan nak p minta bantuan ....
Kami pon ada family nak makan
MInyak .. bahan mentah.. semuanya berebut-rebut tau.....
jangan tambahkan kepanikan org... jangan tambahkan serabut org yang sedia serabut---

kalau anda nak cerita ini org politik n org gov tk buat keje ke hape... lain masa laa.. kalau datang hulur bantuan ke... tolong menolong lagi berfaedah----

anda main forward je.. benda org lain bagi--kata macam2...

Ini saya nak kisahkan.....Sesiapa yang masuk bab politik ... tak dak sapa yang BAguss tau--hang pemerintah ke pembangkang ke.....sama je perangai-----jangan dok nampak negatif ke positif ke... anda tu bagus sangat ke....

Kami yang dok dalam lembah banjir nie... yang rasa masalah yang timbul--korang apa tau--
memang laaa Gua musang n kuala krai trok kena banjir---

kita tak rasa org yang kena--orang yg nak tolong--orang gov --bomba ke askar ke... apa2 pon nak buat keje.. kita tak dak ctu--hanya baca n dengar cerita----jangan laa keruhkan apa yang sedia dikeruhkan banjir----TAUBAT laaa yeee

Keadaan sue yang Heavy duty--tidak mengizinkan utk membantu---namun sue berusaha membantu rakan2 yang kena---hulurkan apa yang termampu---

Sedih tgk org berpindah sb banjir--sue bernasib baikkkkk--anda yang berada diluar sana yang tidak mengalami banjir--amat2 bertuah---

jika anda nak forward apa2 maklumat di FB/Wasap.. berfikir lah dulu yaaa---samada btoi atau tidak...

Sue dah 33weeks---sib baik tak due timing skrg.. namun kerana berlasak sangat----keteguhan diri ini rasa Goyah sangat2---

Bersabarlah baby bump---mak kena berusaha setakat yang termampuuu...

Sayang semua nya...

:))







Sunday 2 November 2014

24weeks n +++

Salam rakan semua yang sudi membaca,....

Mood kadang2.. pegi Laut aaaa...situasi yang biasa...

minggu lepas baru je habis latihan tahunan Sue ..WATANIAH...yer..sue Askar sukarela...

Aik--prot boyot pon pegi latihan..for sure... SEMANGAT deh

2 minggu yang sangat2 meletih kan... Fuh!.. lega dah habis

Alhamdulillah... mak n BB bump... setakat ini masih OK

24weeks aka 6 months already and dah masuk trimester 3

Baby BUM sangat suka tendang2....kadang2 SENAk koooo

ketika scan d Hospital.. DR confidence that my BB XY (BOY)

BUt bila pegi scan swasta Dr cakap kemungkinan XX (GIRL)...

macam mana nie???

apa yang penting BB sihat sempurna...tak kisah laaa gugurl ke boboy....yang penting sihat....

YEKE???

hehehehhehe----sebenarnya HATI ini teringin kan kawan--gugurl--suka tgk baby girl.... kuit miut--comeii baju die

ehsan google

Ada ke berbeza preggy hero dan 2nd ini?
- berbeza.....masa hero suka daging----2nd--tk suka daging
-masa hero nasi tak bleh mkn sampai 5 bln--yng ini boleh makan nasi tp tk berkuah atau berempah
-masa hero--huduh je rasa...yg nie nak melawa
-masa hero..kulit gelap--yang ini cerah kulit
-masa hero...leher kehitaman--yang ini tk dak
-masa hero.. krem kaki selalu---yang ini sakit urat
-masa hero.....dah masuk 6 bulan semua boleh makan---yang ini masih memilih makan
-masa hero keseluruhan naik berat 9 kilo---yang ini...setakat 6 bln...baru naik 3 kilo....
-masa hero diabetic--yng ini setakat ini non diabetic


bila tgkkan byk bezanya----tapi sememangnya manusia ada berkata setiap pregnancy tidak samaaa...

PERSEDIAAN---???
Sampai skarang tak bli apa2 lagi----Katanya pakai barang hero je....baju banyak--kemudahan pon byk yang dah ada...

Sekarang si bb bum... dah hampir setengah KILO----500gram...

Ayahnya mimpi anak cam hindustan----ermmmm--tahu laaa keturunan tu...tapi....entah laa...
Nama pon tak dapat lagi--payah jugak nak cari bila gender menjadi tanda tanya...

tok kedah dah panggil muaz dan anaz...

haiyaaaa---penin pikior...

BIla ada anak RUTIN akan berubah---YES
Sebabnya.. kita akan mementingkan anak dan family dahulu berbanding kerjaya---betul tak...
Pengurusan rumahtangga , keluarga ,kerjaya,sukarela...dan tambahan baru---Student...yaaa.. ini lah RUTIN Sue yang akan datang.. MENJELANG 2015

KERJA ---SUKARELA----FAMILY----ANAK----STUDENT---ini aturan hidup sue dari bujang sampai skarang----

Keinginan utk sambung belajar MSc dah lama--dipendamkan selama 7 tahun ----kenapa---Dari bujang ke BERDUA--dari BERDUA nak ke BERTIGA (almost 3 years waiting)--and then---RUTIN yang tunggang langgang---for Sure take time to CALM DOWN---almost 7 years now....

Mula nak sambung dengan cuti belajar--tetapi tidak diluluskan--takkan nak tunggu lagi--makin tua aiii

Selepas berbincang akhirnya dapat offer MSc yang bergeran dan bidang yang lebih kurang sama dengan bidang lama--ada pengalaman lebih mudah rasanya-- utk kita handle --right?

TETAPI----ada jugak tapi nya... how i nak manage ----i try my best // sememang nya target nak ada sampai PHD---

Sue bukan org yang suka duduk tmpat yang sama--takuk sama--sue nak berubah---dan sentiasa ada yang baru--yes...

ok laaa... nnti sue cerita lagi .. nak setel keje lain plak....

Bye2.. sayang semua

















Sunday 12 October 2014

Alhamdulillah Atas Rezeki Darinya...

salam Semua

Meh Su nak bercerita...ttg TTC.. tapi bukan tentang Sue

1.Rakan Sue N IVF
2.Rakan Sue OPK dan Check Hormone


Ada 2 perkara berkenaan TTC

No1.. Kalau rakan2 yang baca blog sue .. mmg ada yang tahu..ini Kali ke 3 rakan sue buat IVF...tetapi hospital Berbeza..moga IVF kali ini ada memberi rahmat dan rezeki kepada rakan Sue....Aminn!!!!
IVF sememang nya memerlukan pengorbanan..duit tenaga.minda fizikal....kalau Sue .. sue pon tak tahu samada sue semangat untuk buat atau tidak...tapi sue support kawan sue....apa yang penting kita berusaha sedaya yang boleh selagi masih ada peluang....btol tak?

No2.Ini berkenaan rakan sue yang masih merah inai di jari... hehehe.. baru kawin laaa... baru berusia 6 bulan perkhawinan.. kira baru laa kan.. honeymoon pon tak habis lagi....alkisahnya.. kawan sue nie dah risau....sb nya belum preggy....emmmm.. rileks2x.... baru lagi kan .. setahun pon belum....tapi kawan sue nie dah 30+++... sebab tu die risau ... dan nak baby cepat....peod die pon bermasalah bila tension or apa2...

MAKA.. sue tk suggest makan ubat apa2.. sb sue rasa.. usia perkhawinannya masih muda.. honeymoon time lagi...kalau dah setahun sue akan cerita apa yang patot dibuat selepas setahun...jadi sue cadangkan die makan EPO..pantang makanan tertentu..guna termometer..guna OPK dan juga chart suhu badan ... yang selebih nya kita berserah kepadaNYA....

Disebabkan sue ada lebihkan OPK.. sue berikan kepada dia dan rakan sue nie pon bersungguh ..die ada datang berjumpa sue..maka sue ceritakan cara dan sesetgh perkara yang sepatotnya...alhamdulillah die banyak bertanya.. dan keinginan die sangat kuat....ini laaa usaha die....dannnn....satu lagi sue minta die check hormone..die buat boleh dikatakan apa yang sue cadangkan dia buat....dan ALHAMDULILLAH.....HASIL NYA....
.....................kira minggu lepas die tunjukan UPT nya ..masih bluurrr.. but it positive.....alhamdulillah...berhasil...apa2 pon ...ini adalah rezeki die dariNYA....

Sebenarnya ...masalah die hanya phase ovulation yang tidak normal....jadi agak susah nak cari masa subur...
dengan menggunakan OPK dengan kaedah yang betul....masa subur boleh ditentukan ....

ok lah.....sekarang citer pasai Sue pulak

Menjelang 22weeks ....rasa macam sekejap je... dah separuh jalan ... ermmm.....perasaan risau itu sentiasa adaaaa...

sebenarnya sue nak bercerita ttg adik sue...sebelum raya haji..die telah melahirkan anaknya dengan kaedah Czser...sebenarnya Baby di sayangiNYA....meninggal selepas kelahiran....Adik sue mengalami HIgh BP dari awal preggy lagi...Sue tk pernah sangka its the chronic high BP...effect ke Baby dan ibunya dengan simptom klinal yang trok....
Adik kebengkakan dan BP tidak terkawal...anak kecik dan tidak membesar....35weeks bertahan....
namun...DIA maha berkuasa....
Apa yang terjadi adalah dugaan dan terbaik dariNYA...
Sue sepatotnya preggy time yang sama dengan adik tetapi sue miscarriage kannn...
Alhamdulillah ...preggy yang ini bertahan .. walaupon komplikasi

Setiap apa yang kita inginkan .. kita berusaha dan berdoa....keputusannya terletak PadaNYA...jika termaktub itu rezeki dan rahmat dariNYa...maka apa2 kita akan menerima....
MAKA Qada dan Qadar seseorang sudah ditentukanNYA...hanya kita sebagai manusia Berusaha...berdoa.. tawakkal.....aminnn





Sunday 28 September 2014

Salam Rakan n SahabatKu

salam semua
Sihat?
Su Sihat ..ok laaa

coming oktober ...my hero 2nd birthday....
 
my hero....

Semoga menjadi anak yg soleh dan taat......

alhamdulillah ..hero sihat hubby sihat...emak pon sihat... walaupon mual n muntah yg masih ketara...
dont wori.....su terima keadaan ini sb su tahu insyaallah itu petunjuk yg baby sihat...


ini hero dengan anak rakan su....
nakal n aktif...
macam2 dah sekarang
apa2...pon asalan sihat
 

my 2 HERO!!!!

ok lah .. ada kelas jap lagi.. nnti sue cite lagi..
Bye

Monday 11 August 2014

Salam Sahabat-BUKU MERAH KKM

salam...
Semoga rakan semua sihat2..

Su.. ok sihat dan happy walauppon keje2.. n keje yang menambah

alhamdulillah
buku merah dah buat -----bukan kaler PINk ke

tgk EDD-24/2/2015
tapi kalau ikut scan.. beza seminggu
masih kena makan ubat kuat rahim duphaston selama sebulan.....

masa scan d klinik---baby sedu2 n bergerak---kecikkkk je tgknya---Dr pon excited citer... lasak gamaknyaa.. aktif....sangat

ini 1rst time su checkup ngan KKM....sebelum nie hospital tempat keje.. hospital berkanun.. d sebabkan lambat dapat booking.. 4/9/2014.. maka KKm dah offer 11/8/2014.. mesti laa kita pegi yg paling cepat

 Alkisah....lain sikit kat KKM nie.. abiss di check nyaaa
TELITI tapiiiii LAMBAT...4 JAm dok klinik-- sib baik amik cuti.. mmg nurse dah habaq awai2.. lagi lambat banding anak yg dulu

Jika d lihat pada buku......byk jugak KELEBIHAN

1.Sticker HIJAU-kelebihan di beri perhatian H/O GDM--maknanya pregnancy with Diabetic
2.Scan 2nd time sebulan lagi-sebab saiz baby kecik sgt masa scan tadi---jadi usianya belum confirm Dr nak rechecking---Kalau hospital lama.. die tk kisah sgt asal nampak baby

3.OGTT----minggu hadapan pada 17/8/2014--awainya kena minuma iar gula.. sb history tadi laaa
  harap2 tak dak laaa--seksa nak amik darah 2 minggu skali sampai bersalin mau keras jari n vein hamba....
4. Gr 4 P1+2--maksudnya mengandung 4 kali.. anak hidup 1...gugur 2..... pereggy kali ke 4----kalau laaa semua ada.. anak dah 4 ooooo.....apa2 pon alhamdulillah.. moga dipermudahkan segalanya..

sebenarnya megandung kali ini BERISIKO.. sb sebelum preggy ini ada buat d&c.. namun apa2 pon terserah kepadaNYA

TApi macam keajaiban yg dikurniakan...
Baby dapat di lihat pada usia 6weeks lagi ngan heart beat  walaupon bleeding fresh blood
scan d KKM siap nampak baby gerak2 n sedu2.. AKTIF.....
Harapannya dia membesar dengan sihat sempurna dan dipermudahkan segalannya.. AMIN.

PS/ MOGA FAIQ MENJADI ABANG YANG PENYAYANG.....