Saturday 15 December 2012

Udah 2 Bulan Si FAiq

salam--
Meh tgk anak teruna sorang nie




Siap Tabik lagi---nak keje macam mak dier--Tentera--hehhe

Saturday 1 December 2012

Seminggu Penuh Dugaan-partI

Slm semua---
moga ceria selalu---

Ini kisah Sue bermula....16 Oktober 2012----sue ada tCA di klinik--
Setelah pemeriksaan dilakukan--didapati air ketuban kurang--pada tahap 4--jika keadaan biasanyaa adalah 10 ke atas...

Apa kan daya--benda yang dirisau btol2 terjadi---tetapi alhamdulillah sebab --kandungan sudah cukup bulan dan ready sudah untuk bersalin --DR kata dah 38 minggu---


Dr minta sue masuk Wad selalu--Segera--tetapi sue minta masuk petang sebab masih terkejut dan nak siap2kan barang2 untuk masuk wad---

macam tak percaya petangnya kul 3 petang sue sudah berada di wad 2Akik---HUSm---emmmm..cam pelik jer sebab ini laa pertama kali sue masuk WAd----tido kat wad----Hubby sue dah gelabah sakan--yang sue nie rileks lagikk sebab masih termanggu2---cam tak caya dah tiba masa yang di tunggu--huh--biaq btol sue nie---

Malam Pertama dok wad BESt!---makan pon rasa sedap jer---habis semua sue makan---siap order tambahan kat hubby nak burger kul 12pm.... cian hubby kena ulang alik spital sib baik spital depan umah jer....melayan kerenah bini dier.. hehehe

ada seorang adik sebelah sue---dah tak lalu makan---agaknya sakit sangat----sampai ke malam dier meraung2---ramai yang datang pujuk----nampak dier sangat2 sakit---sue pon tak tau nak cakap per---

suruh dier berjalan2 untuk kurangkan sakit---
dalam barisan katil yang sue duduk--semua masalah OLIGO (air ketuban kurang)
sampai Dr yang datang check pon pelik....banyak kes gtu...

Masuk ari Rabu--pagi.. DR bukak jalan SUe.. sb masih 2cm....Hanya Allah swt yang TAHU betapa SAKITnya bila BUKAK JALAN----NAik fobia SUE....emmm belum masa nak bersalin tapi dipaksa bersalin--mana tak sakit....

Sepanjang di wad .. 3 kali DR bukak jalan SUE---huhuhuhu--memang naik angin jugak sue--sb sakit---tetapi bersabar kerana fikirkan anak...

Selain dari itu --jantung anak sentiasa dipantau.. sb takut bayi lemah---

 Sue hanya fikir yang baik2 jer--bila menjelang petang rabu--sue dah sakit sentiasa--bukaan masih 3cm.. manakala wad bersalin penuh... jadi---di HOLD dulu....Sue hanya bertahan jer....

Sue dah jadi macam adik yang sebelah Sue semalam--sakit tidak terkata--makan pon tak lalu dah petangnya hubby suapkan makanan jugak--gagah makan sket2 takut tak dak tenaga....

Ada jugak Dr tawarkan epidural=sue tak nak .. lagipon sue masih boleh bertahan...
Malamnya kira kul 11.30 mlm.. sue ditolak ke bilik bersalin.... kata mudahnya--air ketuban dipecahkan--maka kesakitan itu bermula...

sakitnya memamng tidak terkata sampaikan air mata pon tak kuar--tapi itulah indahnya sakit bersalin...

Setelah beberapa lama--tepat masa SUBUH-0554--lahirlah ini budak...

Setelah diazakan oleh hubby---Sue macam dah lupa sakit yang baru beeeerlalu.....emmm
alhamdulillah selamat anak ibu.....
Setelah itu SUe dijahit--Bersalin Normal ngan EPI(gunting lee)
emmm tak dapat nak elak----

Setelah itu bermulalah episod kisah yang baru dalam hidup sue dan hubby

ok lah nanti sue sambung part II plak yerr




Tuesday 6 November 2012

Permata Hati KAMI

salam buat rakan2 semua..
Maaf kerana menyepi buat seketika...
Disebabkan perkara yang tidak dijangka---
Sue dimasukkan dalam ward..that y lama Sue tak bukak blog--
selepas bersalin--kami ber2 yang menjaga anak dan disebabkan anak kena jaundice (kuning)
Masuk ward pulak--jadi semua benda dah tak nampak---
tumpu kepada budak kecik sorang nie....

meh sue kenalkan anak bertuah SUE

 maaf pic tetonggeng---hehe...baru bbrp jam dilahirkan
 4 jam di lahirkan...
 dah balik umah
 tido ngan ayah....
Salam berkenalan ngan bakal2 mummmy-----Saya Muhammad Faiq Suhail.......

ok lah ....
nanti bila free sue citer kisah sue bersalin nanti---
bye
Muahsss

Tuesday 23 October 2012

Alhamdulillah -selamat sudah

salam rkan2 semua

Sue dah selamat melahirkan
babt boy pada 18/10/12 0554 khamis
berat 2.933kg 50cm

:) doa2kn kesejahteraan kami sekeluarga ya


Sunday 7 October 2012

36WKS-Perasaan MACAM2X :P

salam semua
Dah masuk 36WKS (kalu ikut Dr 37WKS)

ikut laaa mana satu--yang penting dah 9bln....
emmm BERDEBAr hati sue....

 
Sakit2 dah ada rasa--tapi rasanya yang main2x lagi---
bukan btol2 yeee...

Kisah kawan sue pulak
Alhamdulillah tadik Dr dier dah scan BB--nampaknya BB Sihat....(yang ini 14minggu) Jadi Tolak tambah--dier kena rest bed dalam wad 10minggu
Tak per-yang pentingg Untuk BB kan...

Kisah lil MFS sue pulak
Dier HAPPY sangat time2 makan!!!..
BergeraK2X sampat SENGET prot dibuatnya
Ruang dier dah TERHAD--jadi akan RASA tegang KUlit Prot bila dier buat macam tu---
HAPPY SB lil MFS AKtif--Maksudnya sihat laa tu kan---

Disebabkan pergerakkan sue dah terhad----sedih jugak kadang2----TApi apa2 pon sue Pujuk hati---insyaallah NIAT dalam HAti lepas BERSALIN nanti--nak Jaga PANTANg ELOK2.... nak AKtIf Balik n CERgas Macam selalu----Niat nak panjat Gunung nih----hehehehhe....

 

Saturday 6 October 2012

Kisah Suka & Duka :) N :(

salam semua..
Tgk tajuk poN Tertanya2x kan---

SUKA--
Sebabnya semalam ke Klinik -buat Scan Private---
its already 37Wks++
emmmm sepatoTnya baru nak masuk 36WKs

emmm tapi Dr dah cakap Perbezaan seminggu hingga 2 minggu adalah perkara BIASA

Jadi TERIMA jer laaa apa yang DR kata--lagipon mmg dah masa MENUNGGU pon

Sebenarnya ada SEBAB Sue ke KLinik--Sue sentiasa RASA BASAh jer----Takot jugak air ketuban tak cukup--
LagipoN bb dah Kurang bErgeraK....JADI perasaan ini mmg tak tenteram...
jadi ke klinik untuk confirmkan
ALhamdulillah--masih cukup air ketubannya
Perkembangan BB pon bagus--jantung-buah pinggang--apa yang diceritakan ttg BB-POSITIF
Kedudukan BB pon dah dalam kedudukan SEDIA-kepala dah masuk ke bawah---Dr pon cakap--dah boleh dah nak bersalin---
emmm nak induce ker?
Tak nak laa DR--tgu dier nak kuar sendiri----
Sue jugak tanya DR--masih boleh ker nak berjalan jauh--Dr tanya nak ke mana--nak ke KT.. sb hubby ada keje kat sana--
Mr Hubby nak bawa--sb kami kan tingggal bEr2 jer--jadi dier tak nak tinggalkan Sue sorang---
nak bersalin--kat mana2 pon tak pa--asalkan dah ready apa yang patot---hehehehe

GL pon Sue dah request untuk HKT
Dr kata OK--asalkan gerak2kan kaki masa dalam kete bagi darah beredar---supaya tak kebas...
ooooo.. macam tu ker....

Kesimpulannya kalu blum bersalin 19hb nie akan ke KT ngan Mr HUBBY...
Doa2kan lah yer......

DUKA
kisahnya berkaitan dengan kawan sue---yang buat IVF
Nak dikatakan segalannya telah ditakdirkan
baby twins nya --satu darinya dah KEMBALI KEPADANYA....
Yang 1 lagi MAsih SELAMAT--Insyaalllah

Sekarang Dier kena REST BED sehingga BB 24Minggu----sekarang baru 17wks.. jadi ada 7 minggu kena dok dalam wad---
Antara dugaan kita sebagai TTCians.. sememang begitulah kisah2 yang akan kita hadapi---
Sue kehilangan yang PERTAMA ketika 10WKS----Sedih sememangnya SEDIH---Tapi kena TABAH!
Alhamdulillah dier Berikan sue peluang ke2 yang cepat----Sue Bersyukur kepadaNYA....

BerTTc adalah salah satu sejarah SUE---apa2 pon Sue tetap sebahagian TTC--Sue akan bantu orang yang senasib dengan Sue--dengan pengalaman Sue yang tidak seberapa ini---

 

Walaupon Sue hanya sampai tahap makan ubat Hormon--tapi sue byk membaca--semua kaedah ttg TTC...Sb sue mmg merancang ke arah TTc yang lebih Advance jika treatment hormon tidak berkesan---

TERAPI HATI DAN PERASAAN jugak Sue try cari kaedah yang terbaik bagi menyelesaikan KEMELUT dalam hati yang BErgelora ketika situasi macam tu---apa pon ... mmg ini adalah sebahagian kesannya ----

ESk sue akan buat BSP---emmm Dugaan ketika Preggy---apa pon sue sentiasa bersyukur....

Wednesday 3 October 2012

TCA -CHECKUP

salam!!!

KIsah Pasal Checkup 25 Sep 2012 arie tu..

Berat tak naik still 67.1kg---

Baby tidak SCAn sb Dr kata Baru lagi scan 2 minggu lepas jadi tak Scan CUMA Check PeroT cara MAnual Jer----

Dr Minta buat BSP -Blood Sugar ProFile lagi sebelum TCa yang akan datang dalam masa 3 minggu---
emmm
BerkeriuT laaa MUka Sue---

Bab Amik Darah Nie dah Fobiaa---
Amik kat Klinik OK sangat2---
Amik kat WAD yang tak OK sangat2....
FObia TAHAP gaban dah niE---

emmm tapi apa kan DAYA--Untuk Kebaikkan KAMI ber2 jugakkk
Kena tahan Jugakkk aaaaaaaaaaa

Hari ke5 Latihan Wataniah

Sempat Semlam Sue Buat ini hehehehe---kek batik ---nyum2--teringin punya pasal




Sebahagian KELAS senjata Sue arie nie----

Nanti kita sambung lagi



Tuesday 2 October 2012

35WKS-WondeRfull :)

salam semua rakan2 yang disayangi!!!

Muahsss

 
emmm---biaq btoLL..
cam buah kelapa ker???
hehehehhe----compare jer kan--
tapi memang makin KERAS---
Dulu dari pagi sampai laaa malam n continue ngan pagi akan RASA selalu PERGERAKKAn our Lil MFS
emmmm
Sekarang PAgi2X jarang2 RASA Pergerakkan dier--Bila menjelang TGHR baru laaa RASA akan gerakkan2 Lil MFS
MFS-adalah nama permulaan our PERMATA HATI ini---
Nama Penuhnya akan reveal skali ngan gambar TUAnnya yerr
Tngggu tau!!!
AYAHnya yang sediakan...
Insyaallah akan diberi nama ini....
MOga Lil MFS sihat dan sempurna bila menjengaH Dunia ini--Amin!!!

Hari ini adalah hari ke4 latihan wataniah---Sue juga ada kelas semalam dan hari ini---oooooo
2 kali jugak laaa MERASA KREM dalam kelas.. ehehhehe
TERima Jer laaaa
Nak buat cam na--memang kena berjalan Bergerak sentiasa untuk Buat kerja2 HAKiki yang sedia ada....

hahahahhha---PERANGAI baru yang diperasan--Sue dah alami balik tak lalu nak makan--berat Maintain jer 67KG ---emmmm ---Kenaikkan 2Kg jer....
Alahai-----Asalkan BB Sihat dah laaa...
TAPI----ada TApinya....SUe SUka makanan daripada COuRT House Tentera---
hahahhahah--makanan dari KEm memang Sue makan---makanan daripada Cafe tempat keje --TAK MAKAN pulakkk
heheheh--mengada2X jugak----

Tiap2 hari balik LEWAT---emmm umah POn tak sempat nak Tgk2..
Tadik Makan ngan hubby yang di bawah nie
 Lauk daripada kem--
 Yang ini HOMEMADE yer----dah lama tak buat---tapi try jer--minta2 jadi laa
Ok laa kawan2...
MOga ceria selalu---
Sayang KOrang Semua...
:)

Monday 24 September 2012

34wks---WaitIng!!!

salam semua

 

















Ai--BuLAtnyaaaa..hehehehe :0



Al kisahNyaaa-----

BerdebArnya HATI sue---
Sebenarnya mgu depan Start my latihan WATANIAh----isk tak sedar DIRi toL...
Emmmm.. Insyaallah DOA yang baik2 jer---
Lasak2 mmg sue tak buat
hanya Attend KELAS sahaja---
LagiPon Mr Hubby Bagi KEBENARAN--Cuma kena pandai jaga diri jer----
Mummy To BE LASAk---ANAK To Be Akan Tahan LASAk kan??/.. ehehehehhe

Preparation kebanyakan dah ready--mmg laaa btol org cakap--kalau dah nak jadik mak nie---semua barang Baby nak bli--semalam bli lagi baju BAby---alasan kat hubby---MUSIM HUjan dah datang--takot baju tak cukupp--ada Ker?????.. ehhehehhe---sebenarnya Sue BERKENAN!!!!.. lagi pon MUrah n Berkualiti that Y TERPIKAT---


yang ini ada niat nak bli---hubby pon ada tanya---nak bli ker---Sue kata "tak Payah Kot".. sb bagi baby tido skali ngan kitaorang 2 jer--lagi RAPAT kan....

tgk laaa budget akan datang cam na----lagipon ruang bilik pon TERHAD sket---
Sue ikut hati malas Boh Perabot--SempiT--Sue Suka Ruang Luas2.. ehhehehe



Macam Sue sekarang Bila mengajar Student!!!.. ehhehehehhe
Student Sue poN selalu tanya bila BB nak kuar....

2 hari lagi TCA----emmm tak sabar nak TGK BB ----
 Rindu Nyaaaa----
Barang2 untuk PANTANG--MAK kata tak yah bli set2 BErsalin --takot masalah pe2--tak guna n tak makan--akan memBAZIR lak---
lagiPOn Mak kata KITA pantang BASIC dulu---
INsyaallah Sue Selalu DOAKAn Sue BErsaLin SECARA NORMAL ---MUdah nak JAga ----
Sentiasa DOAkan BB Sihat--Tak kena Kuning---Sb Kumpulan Darah Sue n Hubby BERLAINAN--JADI % untuk BB kena JAuNDICE TINGGI!!!...

Sekarang hanya MENUNGGU DAN MENANTI TIBA DAN SAATNYA---
 HUbby Pon MACam Tak sabar jer---

emmmmm....
ADA Jugak KISAH Sedihnyaaa
Adik Sue yang Preggy ----KAndungannya  dah GUGUR---hari jumaat yang lepas....
Ketika Usia KAndungan 3 bln.....BUKAN REZEKINYA----
adik sue dah ada Sorang anak perempuan ---
memang dia nak anak lelaki--
Mungkin bukan Rezekinya lagi---

My Tummy sangat2 Terik dah.....
Pergerakkan BB masih Terasa--selalu---tetapi dah Kurang Sket Berbanding sebelum nie---
Mungkin Ruangnya dah TERHAD kot....
Prot dah ada Rupa Gni

ini pic dari google yer-- bukan hakiki punya---

hehehehhe--MERASA laaa--Prot dah TAk lawa--Punya laa SApu LOsyen n macam2---samer gak Gni nya---tak per... nanti KIta usaha bagi ilang--Bleh ker?

Kalau ikutkan masih ada BAKI 6 minggu untuk EDD Sue--- emmmm
Masa time gni laaa.. MAACAM2X Keje datang --hehehehhahahahha---
TERSENYUM Jer laaaa..
BUat apa yang TERDAYA jer laaaa...SEtakat mana yang TERMAMPU----
UDah LUMRAH laaaa tuuu


PAgi2 nak p keje macam ini le PERANGAI !!!
Amik GamBoo Sket
ProT MEMBUlat--Pipi BUlat---Idung POn GAya nak Bulat gakkk
hahahhahahhaa

ProT dah menjangkau Sterengg
TAPI DEGILLL
Nak p gak OPIs Sendiri----
SElagi tak sakiT
Selagi tuuuu Laaa nak DRIVE gakkk
Sue tak suka MeNunggu!!!
LAgipoN Masih OK!!!!----









Tuesday 18 September 2012

33WKS---7 wKs To go

salam semua

 

 Kalau ikutkan EDD lama 33WKS
Jika ikutkan scan yang lepas dah 34wks
BUT
SUe Ikut jer yang lama.....
MAKA stil 33 WKS
BUT--
Hari nie----Sue dah alami
1-Krem Tiba2 pada jari kaki-sampai Bengkok dibuatnya---apa masalhnya yer
2-Sakit prot bila BB MENGERAS dan BERGERAK
3-Sakit tulang Punggung --memang dah dari 7 bln ;lagi dah rasa SAkit--

emmm---arie tu masa TCA --Dr  cakap mmg benda biasa
keputihan sket--tanpa BAu pon BIASA!!!!..
Bagi Kita yang TIDAk BIASA nie dah RASA LUAR BIASA...
BTOL tak???



Sue dah RASA-----takut dan risau----emmm Perasaan tu Sue cuba buang jauh2..
Fikir betapa Susahnya Sue BERUSAHA untuk seperti sekarang ---
DEngan DOA dan Semangat daripada Hubby---sue cuba TEnang2kan hati--
Bila pikirkan Duduk Ber2 ngan hubby saja tanpa org tua yang berpengalaman...
Sue n hubby akan lakukan yang terbaik untuk bakal junior---
Doa2kan yaaaa...
AMIN!!!
 

Tuesday 11 September 2012

ThanK U --MR HUBBY

salam--
Sue dapat ini arie nie...
Yahooo


Majlis Hari Raya PPS

salam
saje2X

Photo 
Rakan2 Sekerja

Photo
Macam2 peel laaa

Nak amik pic---Merata di tgk nya.. isk2


TCA 32wks

salam

Hari nie sue ada TCA ngan klinik O&G kali yang ke berapa pon dah tak igt...

HAri ini akan review balik BSP semalam yang di ambil

Berdebarnya hati ini....

Pukul 8.30 pagi sampai klinik--amik no klinik dapat 6705---emmmm ok laa jugak

dah amik No--sue Check air kencing-Ok je

pastu amik BERAT badan---67.5KG----ini sb baju berat laaa (pakai Jubah arie nie)

Dah amik berat badan--MAKA bermula EPISOD menunggu---

Sue LApo!!!---- Maka CARI makan Dulu--hehehehe--sepotong SAndwich ngan sekotak Air MILO..

Alhamdulillah --pas makan--Bergerak2x --OUR JUnioR--agaknya sedap makan Kott..

Emmmm----tgu pon tak lama---agaKnya bernasib baik arie nie punya TCA

Awal Dr panggil--
Dr hari nie cam TELITI sket---tanya history kawin n miscarriage ---penyakit n lain2...
Amik BP---145/82---cam tinggi sket tapi DR kata Ok lagi...

Result BSP--5.3/5.9/4.6/6.2---keseluruhan bawah 6.3---jadi RESULT BSP BERJAYA---

Maka Dr kata tak payah buat BSP lagi---tgu 9 bulan jer....baru review balik.. GDM

Result scan
BB in 33 weeks---emmm ikut laa Dr.. saya kira apa yang Dr bagi---
patutnya 32weeks...
BERAT BB dah 2.093kg---

Alhamdulillahhh--berat BB padan ngan graf pertumbuhan dier n sesuai ngan umur---

TCA coming soon lagi 2 minggu----start nie----TCA sue akan jadi 2/52-- maksudnya setiap 2 minggu pastu bila dah 37 minggu akan jadi seminggu sekali...

pukul 10pagi TCA dah setel----wow ini laaa pERtama skali TCA yang paling singkat dan Ok sue dapat--heheheh---rezeki nak ke majlis hari raya kot---nyum2X

Monday 10 September 2012

32WKS--What Happen??

salam semua

Menjelang 32Wks...
Alahamdulillah--BB Sihat--Mum To be pon agak2 sihat..
Naper Gtu??
Biasa ler dah makin ujung2 pregnancy nie---
Simptom2X yang di alamai semua ibu penghujung kehamilan akan di alami---
Semuanya Sue TERIMA
Sakit Tulang Punggung-JAlan dah macam PengUIn!!!.. jangan Gelakkk.. dah memang Gtu.. Sb selalu Senak jer Bila nak jalan-- ehhehehe

Perot Tu tak payah cakap laaa----MemboyOt Sudah---Duduk macam mana pon--memang PEHA n Prot akan BErsentuhan...

Our JunioR sangat AKTIF---Syukur KepadaNYA

hari nie---Sue kena Buat BSP -Blood Sugar Profile untuk kali-KE 3
Ini bahan2 untuk BSP-secara ujian kapilari-maksudnya guna blood di ujung jari--tapi bagi SUe--klinik nak ujian BSP menggunakan darah vein-emmm lagiii haru!!!

 
macam nie laa SUe kena sehari 4 kali!!!
 

Disebabkan Sue FAIL masa BSP ke2--maka dilakukan skali lagi BSP ke3...disebabkan nak pastikan keputusan yang jitu--ini kerana masa BSP pertama Sue OK jer

Untuk BSP yang ini---arie nie kebetulan ada 3 jamuan RAYA--huhhhuhuhu--sedihnya ---MAKA sue tak bleh makan sewenang-wenangnya

Ini Kisah BSP

Pukul 8.30 pagi-Amik darah Pre Breakfast----Pastu makan pagi---
Pukul 10.15pagi start balik puasa----
Pukul 12.30 thgr-Amik darah Pre-Lunch--Pastu makan tengahari---
Pukul 3 ptg start balik Puasa -----
Pukul 5.30 ptg-Amik darah Pre Dinner---Pastu makan malam--
Pukul 7 mlm start balik puasa ---
Pukul 10 mlm -Amik darah Pre Bed-----DAH HABIS-bleh makan (tak digalakkkan tapi fr sure LAPAQQ n tido---

tadik Nurse tu tanya--nak amik line vein yang SAMA---sue cakap amik jer--staf nurse tu takut line vein jadi keras---bagi sue asalkan tak sakit--TAKpe buat jer laaa

Sesungguhnya AMIK darah nie mengerunkan----huhuhuhu

Ketika ini----Sue SAngat2 Lapaqqq laaaa..... huhuhuhuhu



 






Saturday 8 September 2012

Kisah 1 Minggu=9/9/2012-13/9/2012

salam---
saja2 jer nak menulis ini

9/9/2012-kul 9pg meting-sambung pembelian barang barang-tghr jamuan raya-petang setting lab n pembelian barang-

10/9/2012-8pg amik blood BSP-preparing jamuan PPS-jamuan 10.45pagi hinggan kul 3pm-ptg labwork-BSP pada 12.30 tghr-5.30 pm dan 10pm-----

11/9/2012-Jamuan PTJ-prepare n setting n kemas2

12/9/2012-pagi setting lab-jamuan BOLA-petang labwork

13/9/2012-jamuan Kampus-labwork n company


ChaiyOkkkk---Nak siapkan semua nak Cuti Dengan hati yang Tenang!!!!--amin!!!!

Tuesday 4 September 2012

Hye Kawan2 Semua!!!--- :)

salam semua...


Peace!!!!
hehehhe--VERY2X CUBBY!!!!!...
PrOt Sudah sampai StereNg!!!

Monday 3 September 2012

31WKS Happening MomenT With Lil MFS

salam Semua..
Alhamdulillah Sue akan menempuH 8Bulan tak lama lagi---

 
BB macam biasa sangat Bzz dalam tummy--macam2 dibuatnya--
OMBAK laaa--Tendang TendoNg---garisan laaa... kuis2 laaa...
apa2 pon MAK happy sb BB sihat n aktiF...
Sampaikan waktu mlm2 pon main2 lagi---

Apa PERASAAN sekrang??
Bila tgk PEROT gerak2 macam tak caya---Our LIL MFS akan menjengah DUNIA ini tak lama lagi--alhamdulillah dan sangat2 BERSYUKUR atas anugerah ini---
PERASAAN TAKOT Nak BERSALIN POn dah jengah2 dah...
emmmmmm....panjang gak menung bila TERINGAT
Minggu lepas Pada 30 Ogos 2012
staf Sue Selamat melahirkan BB BOY Pada 1tghr
dengan KEBERATAN 3.17KG
Due asalnya 2 Sep2012 tetapi disebabkan ketika TCA air ketubannya KURANG
maKA DR minta masuk wad untuk Induce---
PUCAt lesi MUker Dier masa Dr cakap masa tu---Sue dapat Tgk kebimbangan DIer
sb masa Dier TCA sama time ngan SUE TCA
Air ketuban kurang boleh menyebabkan BB lemas...Nasib baik due dah dekat n BB Sihat..
Tapi hampir 2 hari jugak dier BERKAMPUNG  dalam WAd--malahan diperiksa oleh Dr untuk TGk BUkaan --paham2x jer laaa.. main cek gtu---Sue POn tak suka
tapi apa kan DAYA---demi ANAK....
Asalnya nak induce--tapi bila cek balik air ketubannya Ngam2 jer---cukup2 makan.. jadi HOLD dulu---lepas tu try cara buka bukaan --memang dier Cakap sakit sangat...
n then disambung pulak ngan tanda2 nak bersalin--kuar darah--tapi Bukaan baru 2 cm....
Al Kisahnya macam2 kaedah yang dier prepare untuk BERSALIn-Ubat Cina Laaa--Rendaman air akar fatimah laaa--air selusuh aaa----air zamzam...
Ini antara Usaha2 nya... DIA yang menentukan samada MUDAH ATAU ADA RINTANGANNYA
setiap individu LAin2 pengalamanNYA...
Pada 30 OGOS baru laaa capai 8Cm .. emmm pada 9 pagi--itu pon 1 tghr baru setel...
Alhamdulillah...
Berkenaan Sue pulak pada TCA yang lalu --Result BSP Gula MENGECEWAKAN
MAKA -Dr kata mungkin akan kena cucuk Insulin--KenalinG JUGAK SUe--
Biaq Btol DR NIe
TGk cam GAya Dr HO---Sue cakaP kat Dr --nanti dulu---
Dier POn ada cakap nak Rujuk PAKAR dulu--dibincang after SCAN---
Maka Masa Scan Tu KEPALA Sue nie Dok memikir JUgakl---
Byk sungguh Fikir N Fikir----emmmm
Masalah Jugak MAin Cucuk Insulin nie---
MInta SimpanG laaa...
MASA ScAn--Dr yang scan Cakap BB OK--PLasenta Ok--Air KEtuban OK...
Berat BB dah mencapai 1.78KG
Alhamdulillah--SEMANGATNYA OUR LIL MFS....
Yang Penting SIhat SemPurna...
Dah lepas Scan--Dr tgk BB Ok.. lagi[pOn dah Rujuk PAKAr---Dr Minta Buat....BSP balik..MAKA TCA akan jadi lagi Pendek--lagi 2minggu...
HuiYooooo--mak Ei ... Makin PendeK TCA Sue....
Minta2 BSP sue nanti Ok laaa...
Huhuhuhu--nak kena Diet nih---

 

Monday 27 August 2012

30WKS-ActiVe BabY-

Salam Semua---

Menjelang 30Wks ....

week30fruit 
Bersyukur kepadaNya...
Amin!

Menjelang 30 minggu-Berbeza BENAr ngan keadaan sebelum ini
Our Junior sangat2X aktif bergerak...
Sakan dier
Lagi mak Dier Dok Buat KEJE --Dier pon sama Buat keje dalam TUmmy MAk dier--
Naik SeNak kadang2
Balik Dari Kampung selepas RAYA--perasaan RISAu MENEBAL
KENAPA???
Sebab sejak balik kampung--
Sue Selalu RASA cam BAsaH jer Selalu--
Emmm ada Jugak kisah ketika preggy weeks gni air ketuBan Kurang---
Minta Simpang laaa
MAKA--untuk mengelakkan Perasaan yang tak senang nie-
Sue n Hubby ke KLinik--
HAsilnya --BB Ok..Placenta OK....Air ketuban OK
Alhamdulillah
Dengan keadaan tummy yang membesar--pergerakkan sue agak TERHAD---
Dah laa tak lama lagi semester akan dibuka maka Kelas Sue akan bermula
Harapan sue Kelas sue tidak akan bermasalah bila sue dah cuti nanti..
 
Raya tahun nie---Sue tak dapat Duit Raya--heheheh
BB In tummy dapat!!--heheheh--Tok sedara Dier Bagi---
emmm Mak Tolong Simpankan Dulu yeRr...
Kisah Persediaan Barang BB--Kebanyakan Barang keperluan BB yang ASAS dah bli
Sebahagian dah basuh
cuma untuk BF jer Sue masih tak setel lagi
Kalau ikutkan Sue mahu BF Eklusif Untuk Our Junior...
Sebagai wanita bekerja--memang Sue kena KUATKAn semangat...
Doakan Sue yer
Masalah BF nie--nak cari PUMP yang sesuai ngan budget dan kualiti kegunaan dier...emm agak terkedu sket bila tgk harga---tapi bagi sue mmg berbaloi jika kualiti dier bagus..
Setengah baju2 BB dah basuh---nak basuh lampin yang 12 helai tu plak
Sue tak sidai kat luar rumah ---segan rase.. emmmm..maka sidai dalam umah jer..

 sue tak tahu nak cakap cam ner perasaan sue sekarang
GEMBIRA..SUKA DUKA-GELISAH-TAKUT
Semua ada....
Sue BERUSAHA terbaik untuk MASA yang mendatang
KISAH2 BERSALIN dan Cara2 handlenya sue cuba Praktikkan...
MOga Sue Hadapinya dengan Cekal dan TAbah
Rakan2 tolong Doakan Sue dan BB Yer
 
 

Wednesday 22 August 2012

29WKS & RAYA2012

salam rakan TTcian Semuaaa

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN....

mENJELANG RAYA --MY TUMMY BECOME 29wks already...another 8wks to be 36wks---time to ALERT!!!!!...

BB sangat aktif kat Kampung-----semua ahli family memang tak sabar nak tgu BB baru!!!...
Family sue dah lama tak dak BB kecik--ABG2x sue pon tak sabar tgk gayanya.. hehehehe--siap kena gusik2 lagi....

 
Besar jugak perot sue--ramai cakap cam tu...
dua tiga ari nie Sue selalu sakit pinggang n punggung--huhuhu
biasa laa kot...harap2 ler....
kat kampung MR HUbby--mmg dilarang buat kerja n memasak..tapi mana tahan laa dok diam2....sue memasak jugak n tolong apa yang patot....BORING dok SAjeeee...
MR HUBBY pon bYk2x menolong--Muahsss sket kat Hubby...
Hubby kena ler rajin nanti nak ada ANaK lagi kena Rajin--
saling tolong menolong!!!..heheheheh
BB pon macam2 dibuatnya.. tapi kadang2 dia DIAM!!!,.. naik risau Pon ada--
Adik Sue ada cakap makesure BB ada gerak dalam tempoh 9PAgi-Hingga 9 malam....
Adik Sue seorang JURURAWAT  MASYARAKAT-----tambahan lagi dier pon preggy jugak baru nak masuk 3 bln--
dier pon ada cakap....jangan makan jering n petai masa ujung2 nie .. takot nanti BUSUk masa nak bersalin--alahai Sue trigin nak makan sambal petai udang--ehehehhe sebenarnya dekat Umah TOKWAN Hubby Mak cik Hubby ada masak sambal Tumis petai sotong!!!.. Nyum2...dah makan dah pon!!!!
Kat umah Family Sue 
HARI PERTAMA RAYA
Nasi Daging +Acar+sambal
 
Ehsan MR GOOGLE....

Bihun Sup Utara 
Ngan sambal Kicap Cili padi-Sue Buat...

Laksa Utara

yang AdiK yang Buat

HARI RAYA KE2

Sebelum sue bertolak balik ke KOTA BHARU--
Sempat lagi Sue makan tengahari dulu baru balik KB---

MENUNYA

Ikan KembunG Bakar
 
yang ini abg no2 yang tolong buat

 kurma kambing MAk sue buat-atas permintaan Sue.. ehehheeh

Air asam-buat cicah
 
ayaq asam adik yang buat-dier mmg pandai buat ayaq asam--tapi dier buat sket--lawan berebut laa smua --tak dan seminit dah HABISS--heheheh
kalau makan berebut nie SEdap!!!

Sue n HUBBY sempat beraya sehari lebih jer kat kampung Kedah---
HUbby dah kene keje --jadi raya ke2 kena bertolak balik dah--huhhuhuhuhu
Sedihnyaa

HAri ini sue bekerja--tgk ruang paking yang KOSONG--huhuhu
lagi laaa rasa sedih...
nak buat cam na---TERIMA jer laaa

PS : buat rakan2 TTC --selamat hari raya Yerrrr Maaf zahir batin!!!
MUAhssss

 

Thursday 16 August 2012

Alhamdulillah...Sue Tumpang Gembira

Salam rakan TTC
Sebelum nie Sue ada cerita berkenaan rakan SUe yang berusaha dalam TTC n Last skali Buat IVF-
Untuk pertama kali dier buat alhamdulillah....berkat doa dan usaha
DIer BerJAYA...
Dan diberkati dengan MUNGKIN 2 Sekali gus---
Tahniah--
Masih Awal--tetapi Sue HAPPY sangat2x Dier Berjaya JUgak-----
Ingatlah SElagi ada peluang hayat di badan BERUSAHA laaa...

:)

Sunday 12 August 2012

Coming 3RD TRIMESTER

salam...
Alhamdulillah dah 7 bln lebih-
Secara RASMInya -----dah masuk trimester 3...
Syukur kepadanya....
Persiapan raya sebahagiannya dah Ready--Esk pagi Insyaallah Sue N Hubby akan Bergerak Balik KAMPUNG--

1rst -- Balik Penang---
2nd Balik Batu Kurau
3 Balik Aloq Staq laaaa--

Yang tak bestnya --RAYA ke2 kena balik Kota Bharu dah--Sebab Hubby Raya Ke3 Kena KEJE dah---huhuhu

Sue arie raya ke3 masih CUTI--tapi kalau Boring kat Umah--Sue datang keje jer.. ehehehe
Sue ada cuti tahun byk lagi--Tapi Hubby kena giliran bekerja selepas raya---sebab tahun lepas dah dapat cuti lama.. ehhehehe..

emmm tak per laa.. nasib laa--kena bertimbang rasa jugak---orang lain pon nak raya jugakkk..
Ok laa...
SELAMAT HARI RAYA SEMUA---Moga di malam sepuluh Terakhir ini-dimakbulkan Doa2 rakan2 TTC sekalian ...amin!!!!


Tuesday 7 August 2012

TCA O&G dan ATT

salam semua

Hari ini ada TCA o&G yang ke 7
KEbetulan nak masuK 7 Bln
Alhamdulillah
Masa 7 Bulan Ini jugak antara Bulan2 dugaan....
MOga DipeliharaNya selalu...

Al-KIsah-untuk lawatan kali ini....Sue review RESULT BSP yang dibuat minggu lepas...
ALhamdulillah-semua ujian bagi 4 phase time -NORMAL (5.1/6.0/4.4/5.8-jika result bawah 6.3 lepas makan-ianya NORMAL)
BERAT-65.5kg-kurang sket daripada arie tu dan dah menaik sket

BERAT BB-1.2KG sudah----alhamdulillah (macam SEMANGAT jer Anak MAk Nie)
Untuk BP 100/60-nampak gaya cam OK tapi bagi sue rendah daripada result sue yang BIASA...

Ujian air kencing pon NEG semuanya n ttg Hb level--arie tu dah cek sendiri -12.2g/dl dah naik n tahap yang bagus...

Keseluruhan TCA O&G---air ketuban dan uri DR cakap OK--maka KEseluruhannya OK
NAsihat DR jaga makan-dan YANG PALING TAK BEST!!!----kena buat BSP lagi lepas RAYA
emmm TCA lagi 3 Minggu-untuk review BSP yang ke2..mmg tak best!!!

Ayoyoyoyo--FOBIA pasal amik darah nie--huhuhuhu

Selain checkUp BIASA--untuk VISIT nie Sue diberi Suntikkan ATT-emmm dah agak dah---sedangkan kawan SUe masa 5 Bulan dah kena cucuk--sue yang dah 7 bln  baru terima Dose Pertama...

Masa awal2 cucuk tak terasa sangat SAKITnya.. dah sampai malam nie baru rasa Kesan Lenguh n bila Tersentuh mmg SAkit sket---

apa2 pon untuk KEBAIKKAN---terima jer laaa....

Rakan dan kawan2 sekalian DOAKAN SUE dan BB yer...... :)




Wednesday 1 August 2012

Kisah BSP-blood sugar profile

salam..

Al kisah--selepas MGTT-Ujian minum air gula...sue diconfirmkan diabetik ketika  pregnant..
emmmm... trima jer laa--ada jugak sebelum nie sue ada Crita kan...
KisaH nak bli glucometer-TERKUBUR
KENAPA????
Alkisah sib baik sue bertanya balik ke klinik O&G, diorang nak BSP guna darah VEIN---huhuhuhu..
BIaq Btol!!!
Ayoyoyoyo...4X tu nak amik darah guna JARUM N SYRINGE gtu...Selang masa 3-4 jam.....LEBAM tangan wei....
 
hehehhe--Menakutkan-dah laa FOBIA ngan jarum

Kisah FObia nie tersembul selepas miscarriage arie tuh-nurse cucuk sampai bengkak2

Arie nie pulak-masa amik darah yang PERTAMA-nurse tersalah cucuk n TERCABUT---Ya-Allah--menyiraP darah Rasanya...

TAPI-
Nak buat macam mana untuk KEBAIKAN jugak Sue kena buat BSP nie...
huhuhuhu---MEnangis dalam hati jer laaa....
Disebabkan tangan KIRI dah kena cucuk 2 kali-
Untuk CUCUKan tengahari sue minta tangan KANAN--mmg tangan kanan agak susah nak amik darah-Tapi blah KIRI masih dok nyut2X... tak nak laaa lagi....

Lagipon nak simpan untuk cucukan pukul 5.30ptg dan pukul 10 malam pulak...
Untuk ujian BSP nie-sepatutnya sue dah buat 2 kali sebelum TCA yang akan datang--tapi baru arie nie sue buat..disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan


Apa2 pon yang PENTING--kesihatan BB dulu
Disebabkan buat BSP-Sue tidak boleh puasa..
SEBABnya
Selepas amik DARAH-patient disuruh MAKAN!!...
Sebab tu BSP, darahnya diambil pada....8.30pagi-11.30pagi-5.30petang dan 10mlm...

Kalau ikutkan sue nak berpuasa penuh tahun ini-
TETAPI...
Semalam Sue dah lembikkk.. bila petang MENJELANG--nak drive pon susah--
mungkin disebabkan sue kurang makan-dan hari ini ditambah dengan tidak bangun sahur-JADI sue takut ianya menjejaskan bb--lagipon dari semalam-BB bergerak-macam LApar jer...

Disebabkan NIAT BERBUKA untuk kesihatan BB-Sue nanti Kena GAnti Puasa dan bayar Fidyah..
minta2 Sue dapat laksanakan...
Minggu depan TCA Sue di klinik O&G HUSM....
Harapannya RESULT BSP memuaskan---
Itu pon kalau OK--Sue Stil KENA buat BSP lagi sehingga DR cakap "tak yah buat"
Ujian BSP ini akan dibuat sehingga BERSALIN(selang 2 minggu) dan jugak POST bersalin---

Berat Sue hari nie telah TURUN kepada 63.8KG(last TCA 66kg)
Oleh kerana amik darah pagi tadi-Sue buat untuk ujian HB juga
Alhamdulillah HB bagus-12.2g/dl

Petang nie-MR hubby nak temankan amik darah--sekali ngan malam-untuk petang n malam..Sue akan amik darah  di WAD PRENATAL....huhuhuhu--sib baik umah DEPAN HOSPITAL jer
bayangkan orang yang duduk jauh2 MACAM mana tu...
"BUKAN SENANG NAK SENANG-BUKAN SUSAH NAK SUSAH"
yang penting KESIHATAN BABY DAN MUMMY TO BE

Untuk rakan2x TTcianS insyaallah jika perkenankanNYA anda akan mengalami SITUASI sebegini (harapnya tidak le kalian kena GDM macam Sue)..Harapan sue ianya akan jadi panduan  dan maklumat pengalaman bagi TTcianS dan Mum to be yang sudi membaca Blog sue...
Ini kisah REALITI---dari Sue Sebagai TTC sehingga lah Keadaan sekarang ini...
Ini hanya perkongsian bagi yang Sudi membacanya...
Maafkan sue jika dengan sengaja atau tidak sengaja HATI anda terguris..
Dengan rendah diri SUE MINTA MAAF yer
Sue memang SANGAT2 memahami Perasaan sebgai TTC....
Insyaallah KIta akan terus Berusaha sehingga hayat dikandung badan
AMin!!!!
sayang ANDA semua.......:)