Wednesday 1 August 2012

Kisah BSP-blood sugar profile

salam..

Al kisah--selepas MGTT-Ujian minum air gula...sue diconfirmkan diabetik ketika  pregnant..
emmmm... trima jer laa--ada jugak sebelum nie sue ada Crita kan...
KisaH nak bli glucometer-TERKUBUR
KENAPA????
Alkisah sib baik sue bertanya balik ke klinik O&G, diorang nak BSP guna darah VEIN---huhuhuhu..
BIaq Btol!!!
Ayoyoyoyo...4X tu nak amik darah guna JARUM N SYRINGE gtu...Selang masa 3-4 jam.....LEBAM tangan wei....
 
hehehhe--Menakutkan-dah laa FOBIA ngan jarum

Kisah FObia nie tersembul selepas miscarriage arie tuh-nurse cucuk sampai bengkak2

Arie nie pulak-masa amik darah yang PERTAMA-nurse tersalah cucuk n TERCABUT---Ya-Allah--menyiraP darah Rasanya...

TAPI-
Nak buat macam mana untuk KEBAIKAN jugak Sue kena buat BSP nie...
huhuhuhu---MEnangis dalam hati jer laaa....
Disebabkan tangan KIRI dah kena cucuk 2 kali-
Untuk CUCUKan tengahari sue minta tangan KANAN--mmg tangan kanan agak susah nak amik darah-Tapi blah KIRI masih dok nyut2X... tak nak laaa lagi....

Lagipon nak simpan untuk cucukan pukul 5.30ptg dan pukul 10 malam pulak...
Untuk ujian BSP nie-sepatutnya sue dah buat 2 kali sebelum TCA yang akan datang--tapi baru arie nie sue buat..disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan


Apa2 pon yang PENTING--kesihatan BB dulu
Disebabkan buat BSP-Sue tidak boleh puasa..
SEBABnya
Selepas amik DARAH-patient disuruh MAKAN!!...
Sebab tu BSP, darahnya diambil pada....8.30pagi-11.30pagi-5.30petang dan 10mlm...

Kalau ikutkan sue nak berpuasa penuh tahun ini-
TETAPI...
Semalam Sue dah lembikkk.. bila petang MENJELANG--nak drive pon susah--
mungkin disebabkan sue kurang makan-dan hari ini ditambah dengan tidak bangun sahur-JADI sue takut ianya menjejaskan bb--lagipon dari semalam-BB bergerak-macam LApar jer...

Disebabkan NIAT BERBUKA untuk kesihatan BB-Sue nanti Kena GAnti Puasa dan bayar Fidyah..
minta2 Sue dapat laksanakan...
Minggu depan TCA Sue di klinik O&G HUSM....
Harapannya RESULT BSP memuaskan---
Itu pon kalau OK--Sue Stil KENA buat BSP lagi sehingga DR cakap "tak yah buat"
Ujian BSP ini akan dibuat sehingga BERSALIN(selang 2 minggu) dan jugak POST bersalin---

Berat Sue hari nie telah TURUN kepada 63.8KG(last TCA 66kg)
Oleh kerana amik darah pagi tadi-Sue buat untuk ujian HB juga
Alhamdulillah HB bagus-12.2g/dl

Petang nie-MR hubby nak temankan amik darah--sekali ngan malam-untuk petang n malam..Sue akan amik darah  di WAD PRENATAL....huhuhuhu--sib baik umah DEPAN HOSPITAL jer
bayangkan orang yang duduk jauh2 MACAM mana tu...
"BUKAN SENANG NAK SENANG-BUKAN SUSAH NAK SUSAH"
yang penting KESIHATAN BABY DAN MUMMY TO BE

Untuk rakan2x TTcianS insyaallah jika perkenankanNYA anda akan mengalami SITUASI sebegini (harapnya tidak le kalian kena GDM macam Sue)..Harapan sue ianya akan jadi panduan  dan maklumat pengalaman bagi TTcianS dan Mum to be yang sudi membaca Blog sue...
Ini kisah REALITI---dari Sue Sebagai TTC sehingga lah Keadaan sekarang ini...
Ini hanya perkongsian bagi yang Sudi membacanya...
Maafkan sue jika dengan sengaja atau tidak sengaja HATI anda terguris..
Dengan rendah diri SUE MINTA MAAF yer
Sue memang SANGAT2 memahami Perasaan sebgai TTC....
Insyaallah KIta akan terus Berusaha sehingga hayat dikandung badan
AMin!!!!
sayang ANDA semua.......:)
 


No comments:

Post a Comment